5 Julai 2013 - 19:30
Kritikan keras terhadap Ikhwanul Muslimin

Kebanyakan khutbah Jumaat di seluruh Iran menceritakan tentang pergolakan di Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kebanyakan khutbah Jumaat di seluruh Iran hari ini menceritakan tentang pergolakan politik di Mesir. Ada di antara mereka menganggap penggulingan Mursi sebagai kemurkaan Allah (s.w.t) akibat penumpahan darah Syiah Mesir dan kedhaifan pemerintahan Mursi serta Ikhawanul Muslimin.Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah kedua di Universiti Tehran berkata, "Orang yang meraih tampuk kekuasaan bersandar dengan kebangkitan Islam. Apa yang mereka lakukan sehingga mencetuskan rampasan kuasa ialah sikap yang tidak baik, bertindak seperti kata-kata yang pernah dilaungkan dalam rampasan pertama. Sebagai ganti perpaduan dunia Islam, mereka telah mendukung seruan golongan pembunuh takfiri, atau mendiamkan diri apabila berdepan dengan golongan ini."Tambah beliau lagi, "Slogan mereka sebelum bergerak ialah memerangi rejim. Namun setelah mencapai kekuasaan, bukan sahaja kita tidak melihat realiti slogan-slogan ini, bahkan perjanjian Camp David sekali lagi diperkukuhkan; Surat kepada Shimon Peres diutuskan, memanggilnya sebagai saudara dan mengirim duta kepada regim Zionis."Mereka ini tersalah dalam memilih kawan dan lawan, mereka terjebak dalam Iran fobia dan Syiah fobia sehingga hati mereka terpikat dengan musuh. Presiden Mesir berkata saya bermesyuarat dengan Obama. Beliau berteriak dalam media tentang kerjanya. Perbuatan ini menyeret 10 juta masyarakat turun ke lapangan dan berakhir dengan rampasan kuasa."Rakyat Mesir yang cerdik pandai menyebabkan mereka menjaga nilai kebangkitan Islam. Mereka tidak biarkan regim Mubarak Mesir yang sudah pencen menghidupkan regim Zionis sekali lagi."Khatib Jumaat ini turut menyentuh tentang pembunuhan Syiah di Mesir pada 15 Syaban lalu dengan berkata, "Pembunuhan keji terhadap Syiah dalam perayaan nisfu Syaban terjadi sepanjang 3 kilometer telah menyebabkan kesyahidan ulama besar Syeikh Hasan Shehata. Tindakan golongan Takfiri tidak mempunyai aroma kemanusiaan sedikitpun. Hampir seribu orang menyerang rumah yang diadakan perayaan tersebut. Ulama besar ini syahid bersama 5 orang."Ayatullah Khatami menambah, "Mereka ini berkait rapat dengan Wahabi. Wahabi merupakan sebuah kumpulan politik yang sengaja direka cipta dan dibayar oleh Britain. Kumpulan politik ini sejak zaman awal kemunculannya sehingga sekarang lebih maju ke hadapan dalam kerja membunuh dan menjarah."Di akhir khutbah beliau berkata, "Kita harap para ulama Ahlusunnah di dalam dan luar negara ini agar memerangi kesan-kesannya sebagaimana mereka memerangi punca-puncanya. Mereka hendaklah menjelaskan bahawa Wahabi tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Ini disebabkan kita menganggap bahawa saudara kita Ahlusunnah tidak sependapat dengan Wahabi."